Friday, December 26, 2008

Zaman budak-budak dlu...tahun 80-90 an

pic ni aku(atas riba), mak dgn abg ak (nadzri). yang lain xkuar lg time nih..haha...ayah aku la ambik gmbr nih...pkai kamera cyber choot...hehehehehe

budak2 yg lahir pd thn 80 n 90an mesti ingat mase skola rendah dulu:

- kat skola ade salesman jual buku cerita. ari ni bg list, esok mintak duit beli walaupun cerita buku tu dah tau. Salesman susu pon camtu gak. siap bagi kertas kaler merah dengan hijau.ader siap skali dgn harga.

- kat library, budak2 mmg baca buku tp just tengok gamba je. bile ade program Nilam, sebok semua nak pinjam buku. aku pulak siap tipu lg...tiap2 ari pg library..cam biase, ambik buku, tulis tajuk, nme pengarang, muka surat, p2 belek2 skt..letak..haha....ambik buku lain lak..mmg kelentong gle2 ah nk dapat anugerah tu..last2 xdpt gk...awek aku jaga library pn xleh nk tulung aku..haha..

- RMT (rancangan makanan tambahan) kat skola mkn x best, tp yg berduit pon join RMT, x phm. pagi2 ramai la yg beratur kat kantin sekolah tu. makanan free beb.

- pakai pensel box yg bole bukak dpn blkg, pastu ade sharpener kat tgh2 die.

main lwn pemadam, syg nak guna utk padam. padahal itu fungsi sbnr, utk padam! siap buat koleksi negara lagi tu...mmg best ah..bile kalah, kene gadai la satu pemadam.

- pakai pembaris yg bergerigi, kat dlm ade air pastu ade bende berkilat dlm air tu.

- cikgu pakai pembaris kuning pjg. Ade pemegang kat tgh2 tp x penah nmpk cikgu pgg pon kat situ.

- bulu ayam jd ramping krn sering dijadikan rotan.

- time pendidikan seni, lukis sume boleh tp bile time kaler sume hampeh. ade gak buat anyaman pakai kertas warna, kolaj la, ape la...



main game 2D. super contra, super mario, street fighter, sume pakai tape. habis rosak joystick (batang riang)

- jam tgn Boy London jd idaman, sbb bole tuka2 kaler ikut suhu n cuaca.

- takut BCG tp lepas inject poyo la pulak....siap tutup dgn tangan lg tkt kne matahari..poyo gle ah bdk darjah 6..haha






















balik skola beli JoJo xpon Ding dang. Tora pon best gak. Beli se mata2 nak mainan, coklat die x mkn pon.

- Kasut berlampu kat tapak, yg iklan die kat tV bole tembak alien tu...

- Siri kartun; power rangers, ultraman, transformers, ninja turtles, dragon ball, Thundercats, maskman, Gaban, satria baja hitam dan mcm lg. ble tibe cite tu, duk melenggok la dpn tibi dgn adik abg skali tgk..jarang2 mak dgn ayah pn join skali..ble hbs, rase tnsion je..xpuas lg tgk..cm cite Prison Break gk laa..hehe



jgn lupe sume ni sbb zaman skrg budak2 x smpt lyn bende2 ni. kite akan sentiasa berubah, cume asal-usul kite yg permanent. huhu~

pas r kt member2 korang.... mesti diorg tersengeh2 bace mende nih...hehehee..


p/s: everything happen to me...beskan mase kechik2 dlu..


tapi zaman sekarang, budak kecik darjah satu pun dh pndai pgg hp....siap bawak pg sekolah lagi tu..canggih plak tu..mengalah org yg keje..guru besar pn takut tgk hp tu....diorg mne rase nikmat cam kite mase kecik2 dlu......lg best knnnnn

Setiap hadiah yang anda beri.


Setiap hadiah yang anda beri kepada kekasih/kawan anda mempunyai maksud yang tersirat...
JAM TANGAN = Tanda meningati setiap masa dan waktu.

CINCIN = Tanda ikatan kasih yang abadi.

GELANG = Tanda mesra

RANTAI LEHER = Ikatan cinta yang perlu perhatian.

SUBANG = Tanda penghargaan dan penghormatan.

KASUT = Sentiasa mengambil berat/prihatin.

PAKAIAN / KAIN = Semoga kasih berkekalan dan dekat selalu.

PAYUNG = Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi.

MINYAK WANGI = Tanda cinta

BINGKAI GAMBAR = Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan.

BUKU=Bersifat terbuka dan bertolak ansur.

BUNGA = Tanda perkenalan/sayang.

SEJADAH DAN ALQURAN = tandanya kekasihnya itu menyayanginya dunia dan akhirat.

HANDPHONE=

Tandanya=
kau jangan lari dari ku.......
aku kan cari kamu walau dimanapun...
melainkan kalau handphone tu ditutup....

KAJIAN 25 TAHUN DATO' FADZILLAH KAMSAH KAREKTOR KELAHIRAN MANUSIA

JANUARI
Bercita-cita tinggi dan orangnya serius Suka mendidik dan dididik Sangat
mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan Suka smart, kemas dan teratur Bersifat sensitif, berfikiran mendalam Pandai mengambil hati orang lain Pendiam kecuali telah dirangsang Agak pemalu Daya tumpuan yang sangat tinggi Mudah mendisiplinkan diri sendiri Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya Cukup sayang pada kanak-kanak Suka duduk di rumah Setia pada segala-galanya Perlu belajar
kemahiran sosial Cukup cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI
Berfikiran abstrak Sukakan benda yang reality danabstrak Intelligent, bijak
dan genius Berpesonaliti yang mudah berubah Mudah menawan orang lain Agak pendiam, pemalu dan rendah diri Jujur dan setia pada segalanya Keras hati untuk mencapai matlamat Tidak suka dikongkong Mudah memberontak apabila dikongkong Suka kegiatan yang lasak Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif Mudah mempamerkan marahnya Tidak suka benda yang remeh-temeh Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya Sangat berani dan suka memberontak Bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya Pemerhatian yang tajam Suka hiburan dan
sukan Suka benda yang bersifat seni Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran Berkecenderungan pada benda yang tahyul Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros Belajar untuk mempamerkan emosi.

MAC
Berpesonaliti yang menarik dan menawan Mudah didampingi Sangat pemalu dan pemendam rasa Sangat baik secara semulajadi, jujur, pemurah dan mudah simpati Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran Suka pada kedamaian Sangat peka kepada orang lain Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain Tidak cepat marah dan sangat amanah Tahu balas budi dan tahu kenang budi Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal Suka berangan-angan Suka melancong Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi Kelam kabut dalam memilih pasangan Suka dgn hiasan rumahtangga Punya bakat seni dalam bidang muzik Kecenderungan
kepada benda yang istimewa dan baik Jangan terlalu moody.

APRIL
Sangat aktif dan dinamik Cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal Sangat menarik dan pandai manjakan diri Punya daya mental yang sangat kuat Suka diberi perhatian Sangat diplomatik (pandai memujuk ). Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang Sangat berani dan tiada perasaan takut Suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah Emosi cepat terusik Try control the emotion Kecenderungan
bersifat dendam Agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan Kuat daya
ingatan Gerak hati yang sangat kuat Pandai mendorong diri sendiri dan
memotivasikan orang lain Berpenyakit di sekitar kepala dan dada Sangat
cemburu dan terlalu cemburu.

MEI
Kekerasan hati & degil Kuat semangat & bermotivasi tinggi Pemikiran yang tajam Mudah marah apabila tidak dikawal Pandai menarik hati orang lain & menarik perhatian Perasaan yang amat mendalam Cantik dari segi mental & fizikal Tidak perlu dimotivasikan Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain Mudah dipujuk Bersikap sistematik (otak kiri) Suka berangan Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit Daya khayalan yang tinggi Permikiran yang tajam Pandai berdebat Fizikal yang baik Kelemahan sistem pernafasan Suka sastera, seni & muzik serta melancong Tidak berapa suka duduk di rumah Tidak boleh duduk diam Tidak punya ramai anak Rajin dan bersemangat tinggi Agak boros

JUN
Berfikiran jauh & berwawasan Mudah ditawan kerana sikap baik Berperangai yang lemah lembut Mudah berubah sikap, perangai, idea @
mood Idea yang terlalu banyak di kepala Bersikap sensitif Otaknya aktif
(sentiasa berfikir) Sukar melakukan sesuatu dengan segera Bersikap suka menangguh-nangguh Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik Cepat marah & cepat sejuk Suka bercakap & berdebat Suka buat lawak & bergurau Otaknya cerdas berangan-angan Mudah berkawan & pandai berkawan Orang yang sangat tertib Pandai mempamerkan sikap Mudah kecil hati Mudah kena selsema Suka berkemas Cepat rasa bosan Sikap terlalu memilih & cerewet Kurang mempamerkan perasaan Lambat nak sembuh apabila terluka hati Suka kepada barang yang berjenama Mudah menjadi eksekutif Kedegilan yang tidak terkawal Sesiapa yang memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah
kawan saya

JULAI
Sangat seronok didamping Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki Agak pendiam kecuali diransang Ada harga dan maruah diri Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan Mudah dipujuk dan bercakap lurus Sangat menjaga hati orang lain Sangat peramah Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya Berjiwa
sentimental Jarang berdendam Mudah memaafkan tapi sukar melupakan Tidak suka benda remeh-temeh Membimbing cara fizikal dan mental Sangat peka, caring dan mengasihi serta penyayang Layanan yang serupa dengan semua orang Tinggi daya simpati Pemerhatian yang tajam Suka menilai orang lain dengan pemerhatian Mudah dan rajin belajar Suka muhasabah diri Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama Suka mendiamkan diri Suka duduk di rumah Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan Tak agresif kecuali terpaksa Lemah dari segi kesihatan perut Mudah gemuk kawal tak kawal diet Minta disayangi Mudah terluka hati tapi lambat pulih Terlalu mengambil berat Rajin dalam membuat kerja

OGOS
Suka berlawak Mudah tertawan kepadanya Sopan santun dan caring terhadap orang lain Berani dan tidak tahu takut Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan Pandai pujuk orang lain Terlalu pemurah & bersikap ego Nilai harga diri yang sangat tinggi Dahagakan pujian Semangat juang yang luar biasa Cepat marah & mudah mengamuk Mudah marah apabila cakapnya
dilawan Sangat cemburu Daya pemerhatian yang tajam & teliti Cepat berfikir
Fikiran yang berdikari Suka memimpin & dipimpin Sifat suka berangan
Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat Sangat sensitif tapi tidak mudah
merajuk Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit Belajar untuk relax Sikap
kelam kabut Romantik, pengasih & penyayang Suka mencari kawan

SEPTEMBER
Sangat bersopan santun & bertolak ansur Sangat cermat, teliti & teratur Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik Pendiam tapi pandai bercakap Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur Kerja yang dilakukan sangat sempurna Sangat sensitif yang tidak diketahui Orang yang banyak berfikir Daya pentaakulan yang baik Otak bijak & mudah belajar Suka mencari maklumat Kawal diri dari terlalu mengkritik Pandai mendorong diri sendiri Mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi) kerana banyak simpan rahsia Suka sukan, hiburan & melancong Kurang menunjukkan perasaannya Terluka hatinya sangat lama disimpan Terlalu memilih pasangan Sukakan benda yang luas Bersistematik

OKTOBER
Suka sembang Suka orang yang sayang padanya Suka ambil jalan tengah Sangat menawan & sopan santun Kecantikan luar & dalam Tidak pandai berbohong & berpura-pura Mudah rasa simpati, baik dan pentingkan kawan Sentiasa berkawan Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama Cepat marah Macam pentingkan diri sendiri Tidak menolong orang kecuali diminta Suka melihat dari perspektifnya sendiri Tidak suka terima pandangan orang lain Emosi yang mudah terusik Suka berangan & pandai bercakap Emosi yang kelam kabut Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan) Suka melancong, bidang sastera & seni Pengasih, penyayang & lemah lembut
Romantik dalam percintaan Mudah terusik hati & cemburu Ambil berat tentang
orang lain Suka kegiatan luar Orang yang adil Boros & mudah dipengaruhi
persekitaran Mudah patah semangat

NOVEMBER
Banyak idea dalam perkara Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya Berfikiran kehadapan Berfikiran unik dan bijak Penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa Pemikiran yang tajam Daya firasat yang sangat halus dan tinggi Bagus untuk jadi doktor Cermat dan teliti Personality dinamik Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran Terlalu degil dan keras hati apabila hendak. Diusahakan sehingga berjaya Tak suka marah kecuali digugat Mudah ambil berat terhadap orang lain Pandai muhasabah diri Cara berfikir lain dari orang lain Otak yang sangat tajam Pandai mendorong diri sendiri Tidak hargai pujian Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya Badan yang "tough" (sasa) Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam Romantik Tidak pasti dgn hubungan kasih sayang Suka duduk di rumah Sangat rajin dan berkemampuan tinggi Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi Bercita-cita tinggi Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER
Sangat setia dan pemurah Bersifat patriotik Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa Bercita-cita tinggi Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi Seronok didampingi Suka bercampur dengan orang Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur Tidak pandai berpura-pura Cepat marah Perangai yang berubah-ubah Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi Benci pada kongkongan Suka berlawak Pandai buat lawak dan berfikiran dengan logic.

Mat yang gila

Mat, lelaki gila berumur 35 tahun baru saja terlepas dari wadnya. Beliau lari sekuat hati kerana dikepung oleh sepasukan petugas hospital. Tiba di tepi pagar Mat lantas memanjang satu tiang lampu yang tinggi. Ketua unit jaga yang mengawal hospital datang dan mengarahkan Mat turun, Mat tidak mahu turun. Datang pula pengarah hospital, "Mat!!Turun Mat nanti jatuh", katanya. Mat tidak mahu turun juga.

Dipanggilnya pihak bomba, "Mat! Turun Mat, kalu tidak kami potong tiang lampu ini" kata seorang pegawai bomba sambil mengacu-acukan gergaji elektrik di pangkal tiang lampu itu., Namun Mat tidak bergerak pun untuk turun. Dipanggilnya pihak polis, "Mat turun Mat!" teriak seorang sarjan polis, kalau engkau tak turun nanti kami bom tiang ini dan engkau akan mati!! Turun Mat!. Mat tidak turun-turun juga.


Lama-lama pengarah hospital pergi berjumpa dengan Man, seorang teman Mat dalam wad gila itu kalau-kalau dia boleh membantu. "Man! Harap-harap Man boleh tolong turunkan Mat dari atas tiang lampu. Tolonglah Man ya!"

Jawab Man "Ohhh!!!Itu senang saja" Lalu Man dibawa kepada tiang lampu itu.

Setibanya di situ, pengarah hospital pun berkata, "Man! Man nak pilih alat yang mana? Sama ada gergaji atau pun bom itu. "Ahh!Man nak gergaji!"

Baiklah! Ambillah gergaji itu. Lalu Man mengangkat gergaji dan mengacu-acukan pada pangkal tiang lampu itu. Man pun berteriak, Hoi Mat!!!Hang turun, kalau hang tak turun aku tebang tiang lampu ni!!Hang turun lekas!!

Mendengarkan amaran itu Mat yang berada hampir 3 jam di atas tiang itu pun turun dengan pantas lalu ditangkap oleh para petugas hospital. Pemberita pun datang menemubual Mat. "Kenapa Mat turun bila Man datang sedangkan bomba dan polis datang Mat tak turun?

Jawab Mat; "Polis ker bomba ker, dia orng tak akan buat!Tapi Man kalau dia cakap macam tu, dia buat betul2 sebab Man tue GILA! Gila babi, nak mati aku"

Wednesday, December 24, 2008

Yahoo.!!..Aku dapat payment daripada Google Adsense...

Dua hari lepas, paymnet in progress (PIP) lagi. Arini payment issues dh...Alhamdulillah dapat la gk dlm $114.95 lepas 3 bulan nk tnggu....mmg la xbyk,tapi alhamdulillah la dapat gk...Skrg ssh skt nk naik dgn google adsense. Sbb dh ramai yg join google adsense..Xpela, ader persaingan skt..persaingan yang sihat.

Thanx kat kwn2 aku...yg utama master aku..Abemung a.k.a Mat Nayie yg byk tlg mengajar aku dlm2 crk duit ikut internet ni...Xlupa gk kat Syam, Hadi, Wan yg menjadi pesaing aku dlm menjadi para blogger ni..hehe...Ni kali ke 6 dh aku dapat payment drp Google Adsense..Aku nk kumpul bli kete pkai duit ni..hehe...Amin


Blog Oh Blog by mhazman86. Powered by Seorang Blogger